Bukit Damar

“Harga rumah sudah mahal. Harga minyak pulak jatuh. Masalah ekonomi berlarutan. Tapi harga rumah tak jatuh-jatuh. Rumah masih perlu dicari. Demi keluarga tersayang dan warisan anak cucu.”

“Pening memikirkan rumah idaman yang diimpikan? Pernah terfikir untuk membeli tanah lot banglo? Kemudian bina rumah idaman anda mengikut citarasa tersendiri? Dengan kos bandingan yang lebih jimat?.”

Pengenalan Bukit Damar

Bukit Damar terletak bersempadan dengan Putrajaya, Cyberjaya, Taman Sains Selangor 2 dan Mediacity. Pada masa kini, kawasan rizab Melayu Bukit Damar ini telah menerima impak pembangunan dari kawasan sekitar terutama Putrajaya dan Cyberjaya.

Keluasan Bukit Damar keseluruhannya dianggarkan berkeluasan 951.34 ekar atau 385 hektar. Kawasan Bukit Damar diletakkan di bawah Blok Pembangunan I (BP1), Pinggiran Cyberjaya dan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang (Pengubahan I)2020 serta telah di zonkan sebagai kawasan pembangunan perumahan berdensiti rendah.

Lokasi di tengah-tengah jaringan lebuh raya seperti NKVE, MEX dan jalan tidak bertol ke KLIA melalui Dengkil.

Bekalan Asas yang disediakan adalah seperti berikut:

  1. -Jalan Turap
  2. -Longkang
  3. -Paip Air
  4. -Kawasan utk bekalan Elektrik